Saturday, December 5, 2009

Repekan


Repekan

Aku adalah tangan yang tak sampai
Memeluk ramping keinginan 
Lalu terbiar disorak
Angin waktu yang ligat  berpusar

Aku adalah suara yang terhantuk
Pada tembok batu,
Terpelenting ke pendengaran
Sang penyair
Dalam dengung yang mengasyikkan.

Barangkali  sia-sia
Mengukur dalamnya cinta
Pada redup mata mu,
kerana aku hanyalah suara yang terpelenting
dan terbaring di kaki batu.
Kerana aku hanyalah tangan tersangkut
Dan terhimpit di dahan kayu.


Ediramle Ismail Kok Pasir 87



*********************************************************


LUBANG KUNCI  II

harapan malam
pecah di birai pagi
aku tercampak keluar diri

Tirus waktu
kental kasih
keras tindakan
sehabis lelah aku menyerah

Berkecai impian
bertabur di segenap ruang
ingatan terputus
kusambung dalam diam
ketika ini hanya sepi
kulihat kelibat bayang
melintas lubang kunci.

Ediramle Ismail

   

No comments:

Post a Comment